Roti Jala

Resipi ni merupakan merupakan salah satu menu pilihan saya untuk majlis-majlis istimewa seperti kunjungan tetamu , jamuan himpunan famili ataupun semasa hari raya. Anak-anak dan cucu cu pun suka menikmatinya terutama bersama kari ayam marbelis nenek yang saya akan kongsikan nanti ya. Terinspirasi daripada blog terkenal aziekitchen, saya menggunakan resipinya sambil mengubahsuai sikit sebanyak cara saya , maka selepas  cubaan demi cubaan akhirnya sekarang slhamdulillah .... untuk makan anak cucu ataupun hidangan tetamu, saya tak perlu lagi kelam kabut untuk tempah toti jala lagi . Boleh buat sendiri ... kata orang alah bisa tegal biasa ....  jom kita layan resipi nni ,

roti jala raja berkilat lemak dan tahan lama

600 g tepung gandum
2 biji telur ( 1 biji pun boleh, tapi kurang lemak la )
1 sudu teh pewarna kuning
3 sudu makan minyak jagung
Lebih kurang
600 ml Air bertapis

Bekas pengadun
Pemukul telur atau sudip
( guna blender pun boleh )
Penapis
Jug plastik
Acuan Roti Jala
Papan canai - tempat untuk lipat/gulung roti jala

Kuali tanpa lekat ( nonstick pan )
Bekas sesuai untuk letak roti jala siap masak
Sehelai Daun pandan
sedikit minyak untuk leser kuali kali pertama sahaja

Jangkamasa penyediaan sehingga masak : 30-40 min

Cara membuatnya
1. Sediakan bekas pengadun, masukkan tepung dan semua bahan-bahan  di atas kecuali air
2. Menggunakan pemukul telur atau sudip , masukkan air sedikit demi sedikit sambil megacau adunan supaya tidak bergentel
3. Untuk memastikan adunan dah sesuai untuk di masak, pastikan bila kita angkat sudip adunan jatuh dgn elok ( tidak laju sangat dan tidak juga terlalu perlahan ) dan tidak putus .
4. Bila dah ok, tapiskan adunan ke dalam jug atau bekas lain .
5. Rehatkan adunan sekejap sebelum adunan Roti jala dikirai di atas kuali
6. Panaskan kuali , leserkan kuali dengan daun pandan yang dicelup minyak pada kuali pada kali pertama sahaja . Lepas ni tak perlu leser dah sebab kuali tak melekat dan minyak dlm adunan akan menyebabjan roti jala kita berkilat cantekkk 😍
7. Untuk tidak kelam kabut semasa mengirai , saya buat turutan macam nni ....
a. Mula- mula sekali leser minyak , kirai
b. Anggaran 10saat, roti masak ... telangkupkan kuali ke atas papan canai besar utk melipat roti jala
c. Letakkan kuali atas dspur semula , kirai roti jala lagi
d. Lipat/gulung roti jala yang dah masak tadi mengikut bentuk yg disukai
e. Angkat adunan dlm kuali dan telangkupkan lagi ke atas papan canai untuk gulung.
f. Ulangi langkah (c-d) hingga adunan habis

8.Kirailah toti jala sampai habis. Pengirai amatur macam Saya ni memperolhi 35-40 roti jala raja berkilat yang boleh tahan 24 jam tanpa dimasukkan dalam peti sejuk pun 👍♥️

Selamat mencuba .

Comments

Popular Posts