MyCancer Story : Kekuatan Di sebalik "Day-Care"
Setiap 3 minggu , saya ditemani en suami akan pergi untuk temujanji sessi Chemo yang dijalankan di Jabatan Radionuklear dan Oncology HUSM. Membaca labelnya sahaja sudah membuatkan kita kecut perut apatah lagi untuk mengunjunginya secara rutin. Pada temujanji pertama, saya perlu melapor diri di " Day Care centre " di Jabatan ini.
Menjenguk sahaja di bilik Day-Care ni, saya di sambut dengan salam dan senyum oleh sekumpulan jururawat yang menguruskan bilik ini beserta beberapa wajah-wajah lain yang saya kira pesakit kanser seperti saya. Keramahan mereka sedikit sebanyak meredakan debaran jantung saya ! Ya allah ya rabb .. permudahkanlah urusan hidup dan matiku ini ...
Setelah selesai urusan pendaftaran , Ketua jururawat di situ memberi sedikit penerangan berkaitan prosedur yang bakal saya jalani sebelum sesi chemo di jalankan. Saya perlu menjalani ujian saringan darah dahulu sebelum diluluskan oleh doktor oncology untuk menjalani sesi chemo. Ha ha ha ... macam ujian memandu pulok ... if failed tak boleh memandu !
Sampel darah ( agak saya 3cm3) di ambil dari lengan kanan yang tidak terlibat dgn bahagian pembedahan untuk di analisis sebelum keputusannya diperolehi sekitar jam 11-12 tengahari. Jika semua blood count test ok ... Lulus dan boleh buat chemo pada hari itu dan barulah farmacist atau petugas menyediakan "ubat Chemo" kita .
Kalau ujian darah gagal, maka sesi "chemo" pada hari tersebut akan ditangguhkan sehingga tubuh kita "fit" semula . Alhamdulillah dan syukur jarak rumah saya dengan hospital hanya sekitar 5km. Bayangkan ada pesakit dari Terengganu dan Pahang yang menerima rawatan di sini !! Saya percaya semangat mereka semua kuat malah lebih kuat emosi dan fizikal dari saya.
Bayangkan, ada makcik yang telah berumur dari Kemaman ditemani suami yang uzur terpaksa balik dengan perasaan hampa kerana "failed" ujian darah . Ketika tu , rasa keinsafan menyelinap dalam setiap diri saya betapa kekuatan emosi dan spiritual adalah kurniaan allah yang secara tanpa sedar kita boleh mengatasi dan redha dengan sebarang ujian atau musibah melanda sebagai ketentuan allah. Masyaallah . Ada insan yang presentasi sakitnya lebih teruk dari saya namun masih mampu tersenyum dan memberi motivasi serta tips lagi untuk rakan-rakan di "day-care".
Sementara menunggu keputusan ujian darah, saya telah dirujuk kepada kaunselor untuk sesi kaunseling bersama-sama suami. Untuk makluman, kaunselor di "day-care" ini juga merupakan seorang "cancer-survivor ". Banyak nasihat dan tips yang diperolehi darinya untuk kami sebagai persediaan fizikal dan mental untuk menghadapi kemungkinan fasa penolakan kesan dari ubat Chemo nanti. Saya memohon dan berdoa agar semua urusan dipermudahkan. Ampunilah dosa-dosa kami ya allah. Permudahkan urusan hidup dan mati kami... amiin
Wallahuaalam. Wassalam
#canceraware
#oncodaycare

Comments
Post a Comment