Sessi Rawatan Chemotherapy

Sesi rawatan Chemo selalunya mengambil masa 3-4 jam bergantung kepada jenis atau kombinasi ubat yang dipreskripsi oleh doktor. Ubat chemo dalam bentuk cecair akan dimasukkan melalui " drip iv " ( istilah saya nni... tak tahu pulak istilah medical yang betul ) seperti mana kaedah " saline"dimasukkan dalam tubuh kita atau setengah pesakit pula melalui " Chemo port". Masa untuk menghabiskan 3 kombinasi ubat atau regim yang ditentukan untuk saya adalah lebih kurang 3 jam setengah. Untuk kitaran 1 dan 2, saya boleh merasakan pengaliran masuk ubat ke dalam  " urat-urat nadi" saya ☺️. Kemudian tekak terasa panas dan perit, bila cuba utk bernafas, hembusan nafas saya berbau bahan kimia yang amat menusuk hidung😰😰😰 ( macam dlm lab kimia je ) dan mengeluarkan wasap berwarna 😰 . Selepas chemo 2 , situasi seperti ini sudah tidak berlaku, agaknya badan saya dah tepu dgn bahan kimia agen anti-kanser.
.
Walaupun demikian , suatu perubahan yang saya perasan , iaitu tekak saya akan terasa loya sebaik saja saya tiba di pintu klinik utk cycle chemo seterusnya. Saya merasakan keseluruhan bahagian klinik itu berbau seperti ubat chemo namun alhamdulillah saya masih boleh menahan dari muntah dan tidak memerlukan ubat anti- muntah.... jadi chemotherapy vs aromatherapy 😇😇😇
.
Perkongsian dengan rakan rakan di “day-care” rupanya mempunyai perasaan yang sama 😱😱... malah ada yang lebih teruk ... termuntah dipintu klinik , tidak boleh melihat botol ubat chemo akibatnya cik misi terpaksalah membungkus botol dgn kain sepanjang proses chemo dijalankan ... Nampak macsm kelakar dan mengada-ngada, tapi itulah hakikatnya suasana di “day-care” di mana cik misi dengan penun santun melayan setiap pesakit seperti rakan yang rapat atau saudara mereka.

Ribuan terima kasih kepada semua petugas d klinik oncology ,mereka sentiasa memberi motivasi utk memberi semangat positif kepada pesakit walaupun pesakit berada pada tahap 4. Tiada istilah tenat pada mereka . Sebenarnya banyak kisah kisah kejayaan berbanding kisah kematian, namun persepsi dan stigma “dunia luar” melihat bahawa kanser adalah sinonim dgn kematian . Ramai rakan antara rakan seperjuangan yang berada pada breast ca tahap 4 telah sihat dan meneruskan hidup sihat sehingga hari ini...♥️👍

Kanser seperti juga penyakit2 lain seperti kencing manis, buah pinggang dan jantung masih mrmpunyai harapan untuk sembuh terutama jika mendapat rawatan awal serta mekanisma pencegahan yang konsisten dan efektif. Saya amat bersyukur atas kurniaan nikmat kehidupan ini.

Doa nabi yunus :



Comments