CANCER CHEMOTHERAPY : INNER STRENGTH

Pada cycle pertama chemo ... saya sudah boleh merasakan badan saya semakin panas dan terasa mata saya perit dan pedih semasa dlm perjlanan balik ke rumah (10 minit) dari hospital. Sesampai di rumah saya terus ke bilik air kerana terasa seperti sesuatu nak termuntah . Ya .. saya muntah mengeluarkan semua isi perut.😰
.
Setelah selesai solat maghrib dan isyak dlm  kepayahan . .. saya cuba untuk tidur namun keadaan badan seperti rasa terbakar saya rasa amat tidak selesa . Ya ... masa ni saya mula sedar selama ni allh kurniakan kesihatan dan kekuatan utk kita bekerja dan bergerak ... betapa allah boleh menarik semuanya dalam sekelip mata . .., Dalam dingin malam saya panas dan berpeluh. .. Dalam keadaan orang sekeliling nyenyak tidur ... saya panjatkan doa kepadaNya agar permudahkan urusan saya dunia akhirat ...  beginilah rutin untuk seminggu selepas setiap kitaran chemo.
.

Alhamdulillah saya di kelilingi oleh insan yang memahami dan menyayangi ...
Suami yang memahami
Emak dan ibu saudara yang perihatin
Adik adik  serta sepupu yang caring
Anak serta cucu yang menenangkan hati
Rakan sekerja  serta sahabatyang banyak sangat menolong dan mendoakan malah bersama pelajar solat hajat untuk kesembuhan saya...♥️
Hanya allah yang dapat membalas budi dan jasa kalian .
.
Allah masih sayang kita semua ..allah masih beri peluang kedua utk saya  ... allah maha pengampun lagi maha penyayang ..

“Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan “ ( 55 alrahman:13)

#chemo
#organiccompound
#carboncompound
#aromatic

Sambungan : pemakanan dan penjagaan masa chemo ...

Comments